
Ketika sesuatu melanda dalam diri, bagaikan melayang terbang mengikut haluan angin entah ke mana. Menatap, mengadu, merintih kepada maha pencipta. Dengan penuh keyakinan ” YA ALLAH pinjamkan biar sedikit ketabahan padaku, sesungguhnya aku tidak mampu ketika ini” Seusai solat disetiap detik memohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, sementara hanya hati mampu berbicara…..
andaikan…..
Sebuah perahu hendak menyelamatkan, tetapi ditolak dan berkata, ‘Terima kasih aku akan tetap bertahan dimasjid ini.’
Hujan semakin lebat, banjir semakin tinggi dan datanglah perahu kedua hendak menolong tetapi ditolak lagi, ‘Terima kasih, aku percaya Allah akan tetap menolong aku.’
Hujan tak kunjung berhenti sehingga keadaan sudah tidak terkawal lagi. Kemudian datang pula perahu ketiga, tetap juga tak mahu dievakuasi, “Allah pasti menolong aku, jadi aku akan tetap disini. ” Akhirnya banjir itu hampir menenggelamkan semuanya. Dihadapan Allah, berlaku protes tanpa di sangka. Protes kepada Allah?? SUBHANALLAH!!
‘Ya Allah, aku adalah hambaMu yang beriman kepadaMu tetapi Engkau kenapa tidak menyelamatkan aku dari banjir?’ Kenapa Engkau membiarkan aku menderita Ya Allah?’ kemudian menjawab, ‘Bukankah AKU telah mengirimkan tiga perahu untuk menyelamatkan dirimu?’
Hadirnya pertolongan Allah kepada diri kita seringkali kita tidak fahami. Kita sudah sentiasa mengeluh kesah kepada Allah, kita merasa doa kita tidak di makkabulkan, masalah yang di tanggung malah semakin berat seolah Allah tidak sayang kepada kita lagi. Padahal pertolongan Allah senantiasa hadir dengan cara yang tidak terbatas. Hadirnya pertolongan Allah itu dalam bentuk nasihat, tulisan, bantuan, guncangan, senyuman, tangisan, pujian atau dalam bentuk yang lain. Ketika sedang dirundung masalah, Apakah kita sudah cukup peka terhadap hadirnya pertolongan Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang ada dihadapan kita? Ataukah justeru kita mengabaikannya? Padahal pertolongan Allah itu sangat dekat, sebagaimana firman Allah.
‘Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat.’ (QS. al-Baqarah: 214)
Hari-hari yang di lalui sebelum ini begitu sukar… betapa sukar untuk di luah bicarakan, hanya yang terdekat tahu di mana posisi kami ketika itu. Bagaikan burung yang terbang tanpa arah, tidak mampu bertahan dengan ribut yang melanda.. terbang ke sana-sini mencari punca. Pun begitu hari-hari di lalui tidak menghancur luluhkan, walaupun berat sekalipun “Aku mampu pikul” Alhamdulillah YA ALLAH aku di kurniakan ketabahan… sebagai hambamu, sebagai anak sulung, kakak kepada adik-adikku.. aku tetap bertahan dan terus bertahan, walau pelbagai rintangan yang melanda aku tepis semuanya.. mataku mengarah tepat ke hadapan, mindaku berfikir meliputi setiap waktu, tanganku mengesat mata hinggakan menampakkan kering, akalku mampu mengawal semuanya..
“Kak Long persis anak lelaki…” ya, ada tika aku mampu menjadi begitu.. kerna aku tahu mereka di sekelilingku amat memerlukanku…. aku mampu berdiri walaupun sedikit goyang tetap ku tahan jua, air jernih bak mutiara pasti ku tahan. Mak dan adik-adik menangis penuh syahdu.. aku berperang melawan dan terus bertahan ” sabar Mak.. sabar adik-adikku sayang” INGAT!! ALLAH pasti tolong kita, jangan putus asa…… berusaha, berdoa dan terus berdoa.. “Kita ikhtiar cari jalan pecah kebuntuan” ALHAMDULILLAH Nikmat menanti, kami mula merasai.. syukur YA ALLAH!! semoga kami terus di permudahkan menyusuri lorong-lorong ini.
Raja’ adalah kepercayaan atas kurniaan Allah yang dibuktikan dengan usaha, bukan ketidakberdayaan diri atau hanya berangan-angan. Allah menganjurkan kepada kita agar berharap kurniaanNya dan melarang kita berputus asa dari rahmatNya.
‘Katakanlah, Hai hamba-hambaKu yang melampui batas terhadap diri sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. az-Zumar : 53).
Allah telah memberikan khabar gembira kepada kita semua bahawa rahmatNya meliputi segala sesuatu, sebagaimana firmanNya, ‘Dan rahmatKu meliputi segala sesuatu.’ (QS. al-A’raf ; 56).
Orang yang mengharap dan mencari rahmat Allah harus berusaha dengan sungguh-sungguh dengan ketulusan dan keikhlasan sampai kita memperoleh apa yang dicita-citakannya. Allah berfirman, ‘Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang hijrah dan berjihad dijalan Allah, mereka mengharapkan rahmat Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’ (QS. al-Baqarah : 218).
Wallahu’alam….
MaizaC’Joe ~ selaut kasih~ 2.14am